Thursday 10 December 2009

...JOM CEK IMAN...

Duhai muslimin dan muslimat pemegang panji Allah sekalian,satu persoalan yang ingin ana tanyakan di sini...bertuahkah kita menjadi umat akhir zaman ini?Mari kita sama-sama renungkan pertanyaan sahabat kepada Rasulullah s.a.w...

Sahabat :Ya Rasulullah,siapakah di kalangan umatmu yang paling engkau sayangi?
Rasulullah :Dalam kalangan umatku yang paling aku sayang ialah umat akhir zaman
kerana mereka tidak pernah bertemu denganku semasa hayatku tetapi iman
mereka sama seperti iman kamu sekalian...
Haa...begitulah lebih kurang kisahnya..ana pasti sahabat sekalian tahu tentang kisah ini cuma sekadar memperingatkan antum dan diri ana yang hina dina ini..
Alangkah indahnya andai iman kita seteguh para sahabat Rasulullah.....juga seteguh iman pemuda yang tercoret dalam kisah "Ashabul Ukhdud"...
Bila cakap sahaja pasal kisah Ashabul Ukhdud nie,mungkin ada di antara kita yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu...maknanya kita kenalah berusaha untuk mengorek ilmu-limu agama ni.
Bagi yang rasa dah banyak sangat ilmu agama dalam dada,janganlah memperkecilkan ilmu yang ada pada orang lain tau...
Ingatlah sesungguhnya Allah kurniakan ilmu dan pengetahuan bukan untuk kita berbangga diri tetapi untuk dikongsi...
Rasanya inilah saja untuk coretan kali pertama ini...

SALAM MUHASABAH BUAT IKHWAN DAN AKHOWAT PEMA'MUR BUMI...

Wassalam...

1 comments:

lell~~ said...

salam...
mabruk alaiki ya ukhti
syukran jazilan..
tingkatkan usaha lg..
jom kte sme2 topup iman kte, coz hidup ini bkn hanya perlu ilmu duniawi malahan ukhrawi itu lagi penting kerana itulah matlamat kita semua..........