Friday 12 March 2010

~jadikan aku seorang mujahid~









"Jadikan aku seorang mujahid ya Allah.."

Mungkin ada di antara kita yang membaca apa yang aku tulis ni seoalah2 ia 

seperti 

satu ungkapan yang hipokrit.. tapi mengapa ada juga yang berpemikiran 

sebegitu… 

salah ke andai itu yang diucapkan dari mulut yang hina ini.. salahkah perasaan



kehendak aku yang lemah ini wujud dalam benak hati yang kotor ini…

Namun itulah hakikat kehidupan sekarang.. orang ramai semakin bencikan 


percakapan yang bercorak keagamaan,orang ramai tidak lagi sukakan satu


perubahan kebaikan.. yang baik dibiarkan baik.. dan yang jahat dibiarkan 

jahat.. bagi 

mereka jika seorang yang ingin berubah dari kejahatan ke arah cahaya 

kebaikan 

adalah sesuatu yang janggal dan dipandang enteng dan diperlekehkan… bila

seorang 

melakukan kebaikan diperli,ditertawakan.. dan bila masa seseorang itu 

membuat 

sesuatu kejahatan maka orang itulah yang best.. yang dipuja.. mengapa? 

Agaknya 

sudah tidak bermata lagikah mereka ini.. bagiku orang yang sebegini 

mempunyai 


mata yang celik tapi buta pada mata hatinya.. nauzubillah min zalik..

 Jangan disempitkan akal pemikiran kita ini apabila sesuatu istilah itu diguna 

pakai 

 oleh seseorang..berpemikiran jumud maka padah yang menanti.. kerugian 

dan 

kekeringan buah fikiran menjadi habuan.. maka perkataan mujahid 

sebenarnya 

sesuai 

digauna pakai bagi semua masyarakat islam di dunia ini.. mujahid ini 

bukannya 

istilah 

untuk para pejuang islam yang memegang pedang, senapang semata-mata 

tetapi 

istilah mujahid jugak adalah sesuai diguna pakai bagi semua umat islam 

kerana 

maksud mujahid adalah datang dari perkataan Arab iaitu dari perkataan 

jahada, 

yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan.


Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad 

dari segi 

bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin 

mengumpulkan 

semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun

di luar 

diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad. Dan apabila ia 

ditulis 

mujahid maka ia beerti seorang yang bersungguh-sungguh..


Apa yang ingin di ketengahkan ialah mengenai kesungguhan diri kita dalam

melawan 

hawa nafsu. Melawan hawa nafsu bukanlah satu tugasan yang mudah iaitu 

dengan 

memadam segala kehendak dan kelazatan dunia yang membawa kearah 

kebinasaan 

diri. Jadi pentingnya aku dan kamu menjadi seorang mujahid bagi memastikan 

diri 

kita 

terhindar dari segala mcam keburukan hawa nafsu. Maka sangatlah penting

aku dan 

kamu sentiasa menjadi seorang yang mujahid yang sentiasa bermujahadah 

dalam 

mengawal hawa nafsu diri sendiri.. 

 Maka bertepatan dengan bulan SABAR yang yang akan menyusul tidak 

sampai 

seminggu ni,maka apakah kiranya jika kita semua mengambil kesempatan 

yang ada 

melatih diri dalam membentukkan diri menjadi kembali kepada fitrah Muslim 

yang 

sebenar dengan bersungguh-sungguh melawan bermacam jenis nafsu yang 

akan 

menguji kita dibulan Ramadan ini nanti…


Jadi, rasanya tidak menjadi kesalahan andai aku dan kamu menggunakan 

istilah 

mujahid bagi setiap diri kita sebagai memotivasikan diri yang selalu lari dari 

panduan 

Ilahi….Jadi jangan sempitkan sesuatu istilah yang diguna pakai oleh 

seseoarang 

dalam menyatakan niat dan pandangan.. dan nasihatku bagi yang mencintai 

perubahan diri kearah kebaikan agar mempedulikan setiap bait yang datang 

mencela.. 

insyaAllah setiap usahamu itu dipandang yang MAha MElihat..


Segala yang ku tulis disini kemungkinan banyak kesalahannya yang tidak aku 

nampak 

kesalahannya kerana mungkin kekurangan ilmu yang dimiliki... Maka sebarang 

teguran 

ku terima dengan berlapang dada…


Semoga aku dapat menjadi seorang mujahid yang benar…… walaupun 

kehidupan ini 

akan seringkali diujiNya dan didatangi berita sedih yang xdisangka-

sangka……………………


Kegembiraan aku kerana akan menyusulnya bulan Ramadhan ini disulami 

dengan 

sedikit keresahan…namun aku yakin ada hikmahnya pada setiap keresahan 

dan ujian 

yang diselitkan oleh Ilahi pada diriku.. ku pohon padaMu Allah agar memeberi 

aku 

sedikit kekebalan dalam menjalani ujianMu ini… ameen…




 “Barang siapa yang termasuk golongan orang mengerjakan sembahyang maka ia 
akan dipanggil dari pintu solat.
Barang siapa termasuk golongan orang melakukan jihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad.
Barang siapa termasuk golongan orang yang berpuasa maka dia akan dipanggil dari pintu al-Rayyan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Salam perjuangan….

0 comments: