Sunday 7 August 2011

AIR MINERAL??

BISMILLAH..




MasyaAllah, pejam celik pejam celik
RAMADHAN dah masuk hari kelapan
bulan mulia dimana Allah menjanjikan rahmat dan keampunan kepada hamba2Nya..
Semoga Ramadhanku kali ini lebih baik dan lebih bermakna~~

Malam ni ana nak share sikit pengalaman ana tadi..
ditarbiah direct olehNya hanya kerana segelas plastik air mineral CACTUS??
Huhuhu.. kerdilnya diri ini, lemahnya iman dihati

nak dijadikan cerita, dalam kesyahduan solat tarawikh malam ke8 ramadhan,
dengan alunan ayat al-quran dari imam yang hafiz, suasana yang damai menyejukkan hati sesiapa sahaja yang hadir..
ketika usai solat tarawikh rakaat kesepuluh, mulalah mak cik2 ni membahagi2kan
air mineral kepada para jemaah yang pada mulanya penuh masjid namun akhirnya
tinggal 3 saff je.. Moga Allah memurahkan rezeki mereka yang prihatin bahawa para jemaah ni haus..
hehe..
tapi malangnya malam ni bekalan air mineral x cukup..
dek kerana kelam kabut nak sambung solat, sume air d bahagikan secara rambang dan kebetulan
ana dapat air tu..
lepas tu ana tengok mak cik sebelah kiri ana x dapat air tu, dalam hati ana berkata2..
ana memang niat nak bagi r kat mak cik tu air ni. takut mak cik tu haus..
tapi ana fikir kalau ana bagi skg takut mak cik tu tolak plak, maklum la ana ni lg muda..
sempat la solat 4 rakaat lagi sblm ana betul2 nak ambik tindakan bagi mak cik tu air..
tup tup, on the way muscle2 tangan ni bekerja nak ambik air tu n kasi kat mak cik sebelah,
ada lagi sorang mak cik lagi cepat reflex actionnya.. air dia sampai dulu kat mak cik tu..

entah kenapa, ana terkesima, rasa tertampar dengan peristiwa tu sampai nangis lam solat..
Allah kalau nak tegur direct tu boleh sangat..
straight away Allah nak tegur sikap ana,,, memang ana sangat9x insaf
kalau dah ada niat baik tu teruskan je buat
tak yah nak fikir banyak2, penolakan org ke, pandangan org ke...
niat baik jangan ditangguhkan.. so, rentetan peristiwa tu ana bertekad nak kasi air depan ana ni kat saf belakang.. tak nak fikir byk2 dah.. bicept n tricept bekerja dengan tangkas.. tak nak kene lagi..
pop,, dah selesai letak air kat belakang.. lega rasa, cam air tu satu beban plak~~ ngeee





so, moral of the story..
1. niat baik jangan ditangguhkan tak kira la ape pon niat anda, semoga Allah menilainya
2. jangan asyik duk fikir mnde bukan2 sebelum buat benda tu.. in our daily life kita pon camtu la.. buat dulu baru tgk result camne.. tapi kdg2 x blh jugak.. bertempat lah ye
3. azam ana, kalau boleh ana nak baca quran mcm imam tu, syahdu sgt. tarawih pon x rasa lama.. betapa sedapnya bacaan dia ni.. pada kawan2 n adik2 ana yg dh hafal quran tu, anda sgt2 beruntung. tahniahla pada antum. sesungguhnya antum insan terpilih
4. sesungguhnya tabgan memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.. itu saja entry kali ini, jom hidupkan ramadhan!!!

0 comments: