Salam pembenih ukhuwwah buat muslimin muslimat sekalian...
pagi ni,lepas subuh je terus mengadap laptop ni ha..kenapa plak ek??
Bangun dari tidur dengan harapan dapatlah buat ssuatu yg b'manfaat skit,manalah tahu melalui penulisan ni ilmu yg x sberapa ni dapat dikongsi.
Tajuk kalam ana kali ni spt yg dpt dilihat kt atas,apa maknanya ek?Takde makna ke?Of coz lah ada...maknanya hubungan dgn Allah & hubungan dgan manusia...
Cakap ttg tajuk ni,ana nk bawakan satu criter yg b'laku pd zaman dulu:
Seorg lelaki soleh b'kata bhw dia ada sorg shbt yg tinggal di Mekah & dia mrupakn lelaki yg kuat tawaf di kaabah,solat sunat dan siang hari hampir selalu baca alQuran.
Sms lelaki soleh tu nk ke Yaman,dia tingggalkn emasnya kpd shbtnya tu.Stlh lama brada di Yaman,lelaki tu pun pulang & diberitau bhw shbtnya dh mati lalu dia pun b'tnyalh waris shbt tu ttg emasnya namun x sorg pun tau kt mana emas tu.Lelaki soleh merasa gelisah,maka dia minta jln ikhtiar drp Malik bin Dinar lalu dia disuruh pergi antra Hajarul Aswad & Makam Ibrahim.di sana dia disuruh menyeru nma shbt yg dh meniggal tu.Kata Malik,arwah org2 b'iman ada b'hampiran sana.Stlh nama shbtnya diseru,tiada sahutan yg didgrnya.Lelaki soleh t'sbt m'critakn Malik p'kara t'sbt. Malik b.Dinar mengucap "innaillhiwainnailaihiraaji'uun" krn katanya lelaki t'sbt dlm celaka,maka dia disuruh pula pergi ke telaga Barhut,Yaman krn roh2 org yg celaka brada di sana.Stlh ke sana n menyeru nama shbtnya,menyahutlah org yg dipanggil itu &
dia b'kata "aku sdg diseksa dan dipukul",dia juga m'britau tmpt emas dsimpan.Lelaki soleh b'tnya sbb lelaki tu diseksa,lalu dia b'kata bhw dia x m'jalinkn silaturrahim dgn seorg saudara wanitanya sms hayatnya.Dia meminta agar lelaki soleh mencari n minta maaf atas kesilapannya.Stlh dia b'temu saudara wanita t'sbt,mlamnya lelaki soleh t'sbt b'mimpi shbtnya gembira n bahagia serta b'trima kasih.....
Begitulah kisahnya...ingatlah walaupun kita m'jaga hbgn dgn Allah,semuanya x b'nilai andai kita m'p'lekehkn hbgn dgn manusia....
bak kita Indon,..percuma aja....
Rasulullah ada bersabda:
"Dua jenis manusia yg tiada dipandang Allah dgn rahmat nanti di hari kemudian ,iaitu org yg memutuskn silaturrahim dan jiran yg jahat"
Sekian saja coretan ana utk kali ni,semoga kita dpt m'ambil p'ngajrn,k....x banyak pun,sikit jadilah...sikit2,lama2 jd bukit.....
Wassalam....
Saturday, 12 December 2009
...HABLUN MINALLAH WA HABLUN MINANNAS...
Posted by www.coretankalamrabbani.blogspot.com at 15:03 0 comments
Thursday, 10 December 2009
...JOM CEK IMAN...
Duhai muslimin dan muslimat pemegang panji Allah sekalian,satu persoalan yang ingin ana tanyakan di sini...bertuahkah kita menjadi umat akhir zaman ini?Mari kita sama-sama renungkan pertanyaan sahabat kepada Rasulullah s.a.w...
Sahabat :Ya Rasulullah,siapakah di kalangan umatmu yang paling engkau sayangi?
Rasulullah :Dalam kalangan umatku yang paling aku sayang ialah umat akhir zaman
kerana mereka tidak pernah bertemu denganku semasa hayatku tetapi iman
mereka sama seperti iman kamu sekalian...
Haa...begitulah lebih kurang kisahnya..ana pasti sahabat sekalian tahu tentang kisah ini cuma sekadar memperingatkan antum dan diri ana yang hina dina ini..
Alangkah indahnya andai iman kita seteguh para sahabat Rasulullah.....juga seteguh iman pemuda yang tercoret dalam kisah "Ashabul Ukhdud"...
Bila cakap sahaja pasal kisah Ashabul Ukhdud nie,mungkin ada di antara kita yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu...maknanya kita kenalah berusaha untuk mengorek ilmu-limu agama ni.
Bagi yang rasa dah banyak sangat ilmu agama dalam dada,janganlah memperkecilkan ilmu yang ada pada orang lain tau...
Ingatlah sesungguhnya Allah kurniakan ilmu dan pengetahuan bukan untuk kita berbangga diri tetapi untuk dikongsi...
Rasanya inilah saja untuk coretan kali pertama ini...
SALAM MUHASABAH BUAT IKHWAN DAN AKHOWAT PEMA'MUR BUMI...
Wassalam...
Posted by www.coretankalamrabbani.blogspot.com at 15:05 1 comments
Sunday, 6 December 2009
..sekadar renungan..
Allah datangkan ujian untuk menguji tahap iman seseorang..
Allah menguji hambaNya bersesuaian dengan tahap keimanan mereka...
Allah tidak menguji sesuatu yang tidak mampu kita lakukan...
Posted by ~lailafarhana~ at 01:38 0 comments
Labels: renungan
Saturday, 5 December 2009
~..SeBuTiR mUtiARa sEbUAH cINtA..~
Posted by ~lailafarhana~ at 06:26 1 comments
Wednesday, 28 October 2009
assalamualaikum..
SECANGKIR KOPI SETEGUK DARAH
malam itu aku masih di kedai kopi
menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar
bersama teman dan sahabat
sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar
melihat sebuah berita terkini
ooo.., lupa aku bahawa
ada insan di bumi palestin
tengah meratap-ratap pilu dan sedih
seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang
dalam timbunan puing-puing bangunan yang runtuh
dan peluru bersimpang-siur berdesing di telinganya
dia terus menjerit dan meraung-raung
atas kehilangan itu
dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi
mencari anak lelakinya yang masih kecil
telah terlepas dari pautan tangannya
dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu
ada sekujur mayat kanak-kanak
yang masih memegang senapang mainan ditangannya
itulah anaknya
dan dia terus menangis dan menampar-nampar
mukanya
mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah
syahid!! syahid!! syahid!! jeritnya
aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah... panas
dan aku kunyah sekeping roti bakar
temanku sibuk mengetip laptopnya
dan TV terus menyiarkan lagi...
setiausaha negara amerika berkata-kata
sedang mencari formula mahu keamanan
aaah.. berkata atas kuasa veto
hanya sebuah laporan, tidak pernah ada satu pakatan
hanya sekadar mahu membuat ulasan
biar dunia tahubahawa tugasnya tidak berakhir
obama akan terus menyambung
dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi
dan lihat sajalah... peperangan itu untuk siapa..??
aku hirup lagi baki kopi
nikmatnya... rasa... tiada apa nak dirisaukan
TV itu terus menayangkan gambar
seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya
yang berumuran darah, kepalanya terkulai
yang lain sedang menjerit-jerit
mencemuh dan memohon pertolongan
dan manusia di bumi palestin sangat gawat
denyuman bom seperti membelah bumi
peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan
terdengar orang di sebelah mejaku berkata
"biasalah bila dalam peperangan... gawat, cedera, dan
mati. dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai."
sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis
aku masih lagi melihat berita akhir
ramainya anak-anak palestin yang telah menjadi mayat
diatur berbaris... sebak menyelinap di dadaku
kenapa peperangan boleh mengorbanka kanak-kanak?
kenapa zionis lakukan itu? untuk apa?
mereka mahu bumi palestin
jangan ada bangsa palestin
bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan
dan aku memandang sekeliling
tiada siapa yang mahu ulas berita itu
itu di palestin, kita di sini
di kedai kopi ini... aman...
dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai
pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan
ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah
harganya
semurah nyawa anak palestin
dan aku tinggalkan kaca itu
di manakah aku sekarang ini...
apakah aku mahu berkira-kira
bercerita perjanjian autonominya
PLO dengan sejarah Yasser Arafat atau Hamas
dan Fatah
kini semuanya boleh berbicara
tiada siapa yang sanggup menggalas senjata?
dan siapa yang sanggup mati?
siapa yang akan mara?
dan siapa yang akan kecundang?
korban tidak mengenal lawan dan kawan
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa
sebuah percaturan dalam peperangan
dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat
saksi sebuah jihad... apakah di hati atau di mataku?
Posted by ~lailafarhana~ at 13:08 0 comments
Labels: ~rusnahabusamah~