Monday 25 April 2011

~SYAHID CITA-CITA TERTINGGI KAMI~















Dengan Nama Allah...
Assalamualaikum rakan2 seaqidah.. 
agak lama sy tidak mencoret sesuatu..
andai sahaja blog ini sebuah rumah,
pasti tidaklagi layak untuk didiami...

suatu perkongsian artikel yg sgt menarik
ketika sy melawatblog dan post2 menarik rakan..
ingin sy kongsikan
betapa apabila hati di ikat dengan kecintaan pada Allah
keinginan untuk syahid, tiada apa yang dapat menghalang


Wanita pencinta syahid...amat menarik utk dibaca.=)
ni email dari lelaki,

Assalamualaikum….
Ukhtuki fil aqidah…
...
Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?
Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.
Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti….
Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang…
Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini.
Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Ehsan Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah…
Salam jihad dari ana…
Ehsan Fahmi
2 Januari 2011
10.45 pm


TAPI INI PULAK JAWAPAN DARI WANITA,

Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta.
Ehsan Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Ehsan, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan…
Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta.
Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Ehsan Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja…
Buat Ehsan Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama!
Salam juang dari ana…
Safiyyah Hanisah
Bumi Palestina
3 Januari 2011
9.35 pm




sme2 lah kita renung2kan,,
apa yang baik kita ambil, apa yang buruk kita tinggalkan


~warkah buat ummat Muhammad~

Myspace Falling Objects

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tiba2, hatiku di ketuk rindu pada seorang manusia agung
Muhammad bin Abdullah
 telitilah sebuah warkah ini..
renung2kan..




Melalui surat ini..
saya  ingin mengajak kalian utk sama2 membayangkan..
Bagaimanakah situasi kita..
Sekiranya kita dikunjungi sebaik baik penciptaan Allah ini…

Situasi di rumah
Wahai kekasih2 ku..
Sekiranya di kala ini..
Kekasih Allah itu sedang mengetuk pintu rumah kalian..
Apakah perkara pertama yang kalian kan lakukan?
Adakah kalian akan bersegera ke muka pintu,
Menyambut kekasih Allah ini,
Lantas mengalirlah airmata kegembiraan
Membasahi pipi2 kalian??
Adakah kalian kan bersegera menjemput kekasih sekalian makhluk ini
Ke dalam rumah kalian lantas berkata:
“Rasulullah berada di rumahku…inilah hari yg paling bahagia dalam hidupku..”
Adakah ini yg kalian kan lakukan??

Atau..
Adakah fikiran kalian berkecamuk..
Keraguan menghantui diri..

Tatkala kalian mendengar ketukan pintu
Dari tangan yg mulia itu??
Adakah kalian bersegera menuju ke bilik terlebih dahulu..
Untuk menyembunyikan cd2 lagu..dan sebaliknya..
Memasang pula kaset2 bacaan Al-Quran??

Adakah kalian bersegera pula..
Utk mencabut wayar2 dish satelit..
Dan kalian menutup siaran2 lagu di televisyen?

Dan adakah kalian akan membuka komputer..
Utk memadam fail2 yg kalian rasakan melaghakan..
Dan bersegera mengoyakkan gambar2 penyanyi2..
Dan pelakon2 yg tampan dan jelita itu di dinding2 di bilik kalian??

Dan adakah kalian akan menyambut Kekasih Sekalian Umat ini…
Sedangkan di tangan kalian masih memegang puntung2 rokok?
Atau adakah baru sekarang kalian sedar..
Bahawa ROKOK ITU HARAM??
Dan jika tidak,kenapa anda perlu berasa malu merokok di hadapan Nabi??
Dan bagaimana jika kalian melakukan semua perkara tersebut,
Dan kalian berjaya menyembunyikan segala perkara yang mungkin akan…
Membangkitkan kemarahan baginda,
Dan kalian menerima kehadiran Rasulullah,
Dan kalian duduk bersama baginda,
Dan kalian menghayati kalam-kalam indah dari bibir Rasulullah,
Dan mata-mata kalian bersinar lantaran indahnya
Memandang wajah lembut Rasulullah yg dicintai..
Dan kalian bayangkanlah..

Di saat itu..
Bibir Rasulullah menitipkan kata-kata..
Untuk tinggal bersama kalian selama sebulan..
Adakah kalian kan berbesar hati..
Atau kalian kan gundah gulana??
Adakah kalian akan menjadi seperti sahabat-sahabat baginda yang mulia..
Yang berebut-rebut untuk menerima Rasulullah sebagai tetamu..
Ketika kedatangan Nur Islam ini ke bumi Madinah buat kali pertama..
Ataukah kaliankan resah gelisah..
Kerna memikirkan..
Apakah kesudahan yang berlaku selama tiga puluh hari ini..
Adakah baginda kan berlapang dada..
Tatkala melihat kalian solat dengan penuh tergesa-gesa..
Atau meninggalkan solat jamaah..

Atau dapatkah baginda melihat kalian..
Membaca Al-quran..
Dan menghayati hadis-hadis tinggalan nabi..
Atau dapatkah baginda melihat..
Pergaulan yang elok pabila
kalian bersama keluarga kalian..
atau baginda kan melihat,
kekasaran suara,bahasa dan kebiadaban kalian..
lantas baginda bersuara..
“sebaik-baik kamu..adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya..
Dan aku sebaik-baik orang dalam pergaulan dengan keluargaku..”

Ya Rasulullah..tak pernah kami menatap wajahmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kami rindu padamu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..terimalah kami sebagai umatmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kurniakanlah syafaatmu kepada kami..

Sama-samalah kita menyuburkan cinta kita kepada Baginda..
Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w..
Jazakumullah..kerna sudi meluangkan masa membaca dan menghayati nukilan ini..
Moga rindu ini menjadi syafaat untuk kita bertemu kekasih kesayangan Allah, kecintaan umat manusia dan seluruh alam..amiin