Tuesday 23 March 2010

~keluhan seorang pendakwah~


Keluhan Seorang Pendakwah
www.iLuvislam.com

Letih. 
Letih memikirkan segala masalah di depan mata. 
Namun, adakah wajar untuk aku letih? 
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih? 

Kecewa. 
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu. 
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa? 

Sibuk. 
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi. 
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk? 
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku. 


Pedih. 
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini. 
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad? 


Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan. 
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa? 

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh? 
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya. 

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha! 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 
(At-Taubah:111)

Friday 12 March 2010

~jadikan aku seorang mujahid~









"Jadikan aku seorang mujahid ya Allah.."

Mungkin ada di antara kita yang membaca apa yang aku tulis ni seoalah2 ia 

seperti 

satu ungkapan yang hipokrit.. tapi mengapa ada juga yang berpemikiran 

sebegitu… 

salah ke andai itu yang diucapkan dari mulut yang hina ini.. salahkah perasaan



kehendak aku yang lemah ini wujud dalam benak hati yang kotor ini…

Namun itulah hakikat kehidupan sekarang.. orang ramai semakin bencikan 


percakapan yang bercorak keagamaan,orang ramai tidak lagi sukakan satu


perubahan kebaikan.. yang baik dibiarkan baik.. dan yang jahat dibiarkan 

jahat.. bagi 

mereka jika seorang yang ingin berubah dari kejahatan ke arah cahaya 

kebaikan 

adalah sesuatu yang janggal dan dipandang enteng dan diperlekehkan… bila

seorang 

melakukan kebaikan diperli,ditertawakan.. dan bila masa seseorang itu 

membuat 

sesuatu kejahatan maka orang itulah yang best.. yang dipuja.. mengapa? 

Agaknya 

sudah tidak bermata lagikah mereka ini.. bagiku orang yang sebegini 

mempunyai 


mata yang celik tapi buta pada mata hatinya.. nauzubillah min zalik..

 Jangan disempitkan akal pemikiran kita ini apabila sesuatu istilah itu diguna 

pakai 

 oleh seseorang..berpemikiran jumud maka padah yang menanti.. kerugian 

dan 

kekeringan buah fikiran menjadi habuan.. maka perkataan mujahid 

sebenarnya 

sesuai 

digauna pakai bagi semua masyarakat islam di dunia ini.. mujahid ini 

bukannya 

istilah 

untuk para pejuang islam yang memegang pedang, senapang semata-mata 

tetapi 

istilah mujahid jugak adalah sesuai diguna pakai bagi semua umat islam 

kerana 

maksud mujahid adalah datang dari perkataan Arab iaitu dari perkataan 

jahada, 

yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan.


Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad 

dari segi 

bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin 

mengumpulkan 

semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun

di luar 

diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad. Dan apabila ia 

ditulis 

mujahid maka ia beerti seorang yang bersungguh-sungguh..


Apa yang ingin di ketengahkan ialah mengenai kesungguhan diri kita dalam

melawan 

hawa nafsu. Melawan hawa nafsu bukanlah satu tugasan yang mudah iaitu 

dengan 

memadam segala kehendak dan kelazatan dunia yang membawa kearah 

kebinasaan 

diri. Jadi pentingnya aku dan kamu menjadi seorang mujahid bagi memastikan 

diri 

kita 

terhindar dari segala mcam keburukan hawa nafsu. Maka sangatlah penting

aku dan 

kamu sentiasa menjadi seorang yang mujahid yang sentiasa bermujahadah 

dalam 

mengawal hawa nafsu diri sendiri.. 

 Maka bertepatan dengan bulan SABAR yang yang akan menyusul tidak 

sampai 

seminggu ni,maka apakah kiranya jika kita semua mengambil kesempatan 

yang ada 

melatih diri dalam membentukkan diri menjadi kembali kepada fitrah Muslim 

yang 

sebenar dengan bersungguh-sungguh melawan bermacam jenis nafsu yang 

akan 

menguji kita dibulan Ramadan ini nanti…


Jadi, rasanya tidak menjadi kesalahan andai aku dan kamu menggunakan 

istilah 

mujahid bagi setiap diri kita sebagai memotivasikan diri yang selalu lari dari 

panduan 

Ilahi….Jadi jangan sempitkan sesuatu istilah yang diguna pakai oleh 

seseoarang 

dalam menyatakan niat dan pandangan.. dan nasihatku bagi yang mencintai 

perubahan diri kearah kebaikan agar mempedulikan setiap bait yang datang 

mencela.. 

insyaAllah setiap usahamu itu dipandang yang MAha MElihat..


Segala yang ku tulis disini kemungkinan banyak kesalahannya yang tidak aku 

nampak 

kesalahannya kerana mungkin kekurangan ilmu yang dimiliki... Maka sebarang 

teguran 

ku terima dengan berlapang dada…


Semoga aku dapat menjadi seorang mujahid yang benar…… walaupun 

kehidupan ini 

akan seringkali diujiNya dan didatangi berita sedih yang xdisangka-

sangka……………………


Kegembiraan aku kerana akan menyusulnya bulan Ramadhan ini disulami 

dengan 

sedikit keresahan…namun aku yakin ada hikmahnya pada setiap keresahan 

dan ujian 

yang diselitkan oleh Ilahi pada diriku.. ku pohon padaMu Allah agar memeberi 

aku 

sedikit kekebalan dalam menjalani ujianMu ini… ameen…




 “Barang siapa yang termasuk golongan orang mengerjakan sembahyang maka ia 
akan dipanggil dari pintu solat.
Barang siapa termasuk golongan orang melakukan jihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad.
Barang siapa termasuk golongan orang yang berpuasa maka dia akan dipanggil dari pintu al-Rayyan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Salam perjuangan….

~SEGALANYA UNTUK MU IBU~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi krn kita masih lagi diberikan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman....

suatu kisah yang saya baca dari blog seorang sahabat...
kisah yang bagi saya sangat menyentuh hati...
saya tertanya2 diri sy sndr,,,
apakah sumbangan mu pada kedua ibu bapamu???
hayatilah kisah benar ini sebagai ingatan keopada kita
betapa kerdilnya kita n betapa besarnya pengorbanan seorang ibu

benarlah kata orang
"kasih ibu dibawa ke syurga, kasih ayah dibawa mati"
sama2lah kita renungi n muhasabah kembali... 
*************************************************************************************
alia sedang menyiapkan tugasan kulianhnya... dalam masa yang sama .. dia juga selangkan dengan ulangkaji... ujian pertengahan semester dah tinggal sehari ja lagi... alia tahu , dia mesti buat yang terbaik....bukan untuk dirinya.. tapi untuk membahagiakan bondanya...bunyi dering handphone lagu ayah dan ibu nyanyian sudirman... alia mmg sengaja setkan lagu tu untuk ayah dan bondanya... hatinya berbunga... senyum mula terukir.. panggilan yang dinantikan...

dah seminggu tak dengar khabar bonda dan ayah...bukan alia tak cuba telefon mereka... tapi selalunya peti mel suara yang jawab...alia faham... mereka sibuk.. lagi2 sejak nak pindah rumah baru... ayah kene tukar tempat kerja... 
**************************************************
= lia ... bonda tak sihat...
* bonda kenapa?...
=belum tahu... sekarang ada dekat hospital pakar...
*ermmm... 
matanya mula berkaca- kaca... selamatkanlah bonda yaAllah... monolog alia dalam hati..
= alia... tak yah risau lah... ayah ada jaga bonda... alia tumpukan pada kuliah dan ujian alia dulu ....tak pe lah pasal bonda tu.... makngah pun ada kat sini tolong tengokkan...
* alia nak balik juga... nnti lepas habis exam...

#alia.. tak yah lah berkejar2 nak balik... bonda okey nie... sakit tu kan ujian Allah.. tanda Allah sayang bonda...
bonda cakap seolah2 dia tidak sakit... tapi lia tahu bonda skit sangat sebab suara bonda hampir tak dengar sebak cakap sambil tahan sakit...

lia tahu bonda dan ayah cuma nak sedapkan hati lia....lia jawab ujian hari tu bersungguh....kepala lia terasa sakit sangat...

-Ya Allah... kenapa sakit sangat ni... aku nak balik jaga bonda.... Ya Allah perudahkanlah urusanku.. sihatkan lah aku...

Alia beberapa hari tak cukup tidur.. bukan tak nak tidur, tapi lia siapkan tugasan kuliah sebelum dia balik jaga umi... itupun ada dua tugasan yang lia tak sempat nak buat... terima kasih to kak teh... dia yang banyak tolong lia...siapkan tugasan subjek ideologi.. terimakasih juga untuk yuna dan que... mereka juga tolong hantar tugasan alia...
******************************************************

muka bonda kuning.. tangan dan tapak kaki bonda juga.... sejuk ja kaki bonda.. tapi bahagian atas badan dari pinggan sampai kepala panas... lia kesian tengok bonda macam tu... lia tolong urutkan kaki bonda... tolong sapukan minyak panas ... lia tak sampai hati tengok boda bangun dengan susah payah nak ke tandas... bonda tak nak guna bed pants sebab bonda cakap bonda nak solat kat bed ja.. nanti najis tu .. bonda solat duduk... tapi lia nampak betapa susahnya bonda nak solat...

bonda selalu cakap ... terima kasih Ya Allah sebab bagi ruang untuk aku soalat lagi... bonda merungut.. betapa nikmat solat ketika sihat tu tak terbanding dengan lain2... bonda kata masa sakit ni lah baru kita sedar banyak perkara dan nikmat yang Allah bagi kat kita tu tak terhitung... selama seminggu terlantar kat hospital.. bonda tak boleh makan pun.. hanya minum ja...

selepas buat pembedahan .. barulah bonda boleh makan..itupun dua sudu bubur ja.. dah tak larat bonda nak mkn..kesian bonda.... muka bonda dah tak kuning dah... dah cantik berseri macam dulu... cuma bonda sekarang kerap batuk... doktor kata... batuk tu perkara biasa nk hilangkan kesan ubat bius... 
**********************************************
bonda sebenarnya kene penyakit batu karang dekat hempedu.... berdasarkan dianogsis yang dibuat... ia disebabkan faktor pemakanan... hempedu bonda dah diselaputi dengan kolesterol dan terdapat kesan jankitan kuman... kata doktor, hempedu tu dah jadi macam kilang produce batu karang.... 

lia tengok spesimen batu karang yang di keluarkan dari hempedu bonda.... ada dalam 12 biji bersaiz lada hitam dan berduri.... kata doktor, tu sikit yang dikeluarkan.... selebihnya dihantar untuk diagnos. dan kata dktr lg walaupun saiznya kecil.. ada satu ja pun dah cukup menyakitkan....
************************************************

untuk bonda...lia sayangkan bonda...

lia nak jaga bonda sampai bonda dah boleh buat apa yang bonda buat macam biasa...
lia tahu .. takkan sama caranya cara bonda jaga lia dulu masa lia kecil dengan cara lia jaga bonda sekarang...
lia tahu.. tak banyak pun yang lia buat untuk bonda... tapi lia nak bonda tahu bahawa lia sayangkan bonda...

terima kasih to all kawan and sahabat lia yang mendoakan kesihatan bonda.. tq juga sebab mereka banyak bagi lia kata2 semangat.... lia sayang kan mereka semua...semoga Allah membalas kesembuhan dan kebaikan yang  mereka doakan dengan kebaikan berganda2... ameen..


~ cinta ini milik siapa ~

 


Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...

menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..

aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....

aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..

Yang ku harap..

aku akan kuat untuk terus melangkah ..
aku akan kuat untuk berlari..
berjalan dan mengejar Cintaku...
kerana cinta ini milik DIA..

bukan yang lain..

Yang ku harap...

andai ada teman seperjalanan nanti...
aku dan dia yang menemaniku
akan saling memberi semangat dan memujuk jiwa..
bahawa mehnah itu tarbiyah..
bahawa derita itu kunci bahagia..
bahawa perjalanan ini bukan di bentangi permaidani baldu..
bahawa perjuangan ini tidak akan sepi dari ujian dan dugaan..
bahawa pengorbanan ini menuntut air mata dan darah..
menuntut keringat dan ia .......
hanya untuk yang terpilih..


Yang ku lafazkan dalam setiap untaian doaku..

moga aku dan yang aku sayangi dan kasihi..
moga yang akan menjadi teman perjalananku dan perjuanganku nanti
adalah yang terpilih..
terpilih hidup bahagia, merasa cukup apa yang ada..
terpilih menikmati sejuknya cinta dan manisnya iman..
terpilih meneguk kasih dan cinta dari gelas-gelas
perjuangan dan pengorbanan...
yang indahnya bukan di sini ...
bukan sepanjang perjalan yang telah dan akan ditelusuri...
tapi nanti ..di sana ...di destinasi....
destinasi cinta yang abadi....

kerana Cinta ini milik DIA
milikMu Ya Allah....