Wednesday, 28 October 2009

assalamualaikum..
SECANGKIR KOPI SETEGUK DARAH

malam itu aku masih di kedai kopi
menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar
bersama teman dan sahabat
sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar
melihat sebuah berita terkini

ooo.., lupa aku bahawa
ada insan di bumi palestin
tengah meratap-ratap pilu dan sedih
seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang
dalam timbunan puing-puing bangunan yang runtuh
dan peluru bersimpang-siur berdesing di telinganya
dia terus menjerit dan meraung-raung
atas kehilangan itu

dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi
mencari anak lelakinya yang masih kecil
telah terlepas dari pautan tangannya
dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu

ada sekujur mayat kanak-kanak
yang masih memegang senapang mainan ditangannya
itulah anaknya
dan dia terus menangis dan menampar-nampar
mukanya
mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah
syahid!! syahid!! syahid!! jeritnya


aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah... panas
dan aku kunyah sekeping roti bakar
temanku sibuk mengetip laptopnya
dan TV terus menyiarkan lagi...

setiausaha negara amerika berkata-kata
sedang mencari formula mahu keamanan
aaah.. berkata atas kuasa veto
hanya sebuah laporan, tidak pernah ada satu pakatan
hanya sekadar mahu membuat ulasan
biar dunia tahubahawa tugasnya tidak berakhir
obama akan terus menyambung
dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi
dan lihat sajalah... peperangan itu untuk siapa..??

aku hirup lagi baki kopi
nikmatnya... rasa... tiada apa nak dirisaukan
TV itu terus menayangkan gambar

seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya
yang berumuran darah, kepalanya terkulai
yang lain sedang menjerit-jerit
mencemuh dan memohon pertolongan
dan manusia di bumi palestin sangat gawat
denyuman bom seperti membelah bumi
peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan

terdengar orang di sebelah mejaku berkata
"biasalah bila dalam peperangan... gawat, cedera, dan
mati. dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai."
sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis

aku masih lagi melihat berita akhir
ramainya anak-anak palestin yang telah menjadi mayat
diatur berbaris... sebak menyelinap di dadaku
kenapa peperangan boleh mengorbanka kanak-kanak?
kenapa zionis lakukan itu? untuk apa?

mereka mahu bumi palestin
jangan ada bangsa palestin
bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan
dan aku memandang sekeliling
tiada siapa yang mahu ulas berita itu
itu di palestin, kita di sini
di kedai kopi ini... aman...

dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai
pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan
ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah
harganya
semurah nyawa anak palestin
dan aku tinggalkan kaca itu

di manakah aku sekarang ini...
apakah aku mahu berkira-kira
bercerita perjanjian autonominya
PLO dengan sejarah Yasser Arafat atau Hamas
dan Fatah
kini semuanya boleh berbicara
tiada siapa yang sanggup menggalas senjata?

dan siapa yang sanggup mati?
siapa yang akan mara?
dan siapa yang akan kecundang?
korban tidak mengenal lawan dan kawan
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa
sebuah percaturan dalam peperangan
dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat
saksi sebuah jihad... apakah di hati atau di mataku?