Tuesday, 14 June 2011

"al-buruj"-alkisah filquran



In the name of Allah The Most Merciful


It has been a long time since I write the last post in this blog. 
Hmm, since right now i am searching information on the becoming 
forum session at my previous school, 
so why not i write it too in the blog. 
So that i can share my information with all~~~
The topic that will be discuss in the forum is “remaja... bala @ anugerah”
continue in malay




KISAH ASHABUL UKHDUD dari surah Al-Buruj.

Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut ;



Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"
Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang
pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.
Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.
Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.
Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.
Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".



Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".
Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.
Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja
"Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".
Jawabnya "Bukan, tetapi
Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".
Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.
Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"
Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla". Raja itu pun bertanya "Adakah aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah". Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.
Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya ,dilempar dari atas gunung itu maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".



Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".



Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.
Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong(membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.



(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)

Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.
Semoga pemuda-pemudi Islam kita akan mengambil iktibar dan pedoman dari kisah yang hebat ini. 


khususon lithullab fi maliziya,..
khas buat pelajar2 di malaysia.,..
jadilah pelajar seperti kisah di atas
bukan hanya belajar dan telan segalanya
kita semua juga harus menilai,,,











Monday, 25 April 2011

~SYAHID CITA-CITA TERTINGGI KAMI~















Dengan Nama Allah...
Assalamualaikum rakan2 seaqidah.. 
agak lama sy tidak mencoret sesuatu..
andai sahaja blog ini sebuah rumah,
pasti tidaklagi layak untuk didiami...

suatu perkongsian artikel yg sgt menarik
ketika sy melawatblog dan post2 menarik rakan..
ingin sy kongsikan
betapa apabila hati di ikat dengan kecintaan pada Allah
keinginan untuk syahid, tiada apa yang dapat menghalang


Wanita pencinta syahid...amat menarik utk dibaca.=)
ni email dari lelaki,

Assalamualaikum….
Ukhtuki fil aqidah…
...
Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?
Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.
Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti….
Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang…
Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini.
Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Ehsan Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah…
Salam jihad dari ana…
Ehsan Fahmi
2 Januari 2011
10.45 pm


TAPI INI PULAK JAWAPAN DARI WANITA,

Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta.
Ehsan Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Ehsan, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan…
Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta.
Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Ehsan Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja…
Buat Ehsan Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama!
Salam juang dari ana…
Safiyyah Hanisah
Bumi Palestina
3 Januari 2011
9.35 pm




sme2 lah kita renung2kan,,
apa yang baik kita ambil, apa yang buruk kita tinggalkan


~warkah buat ummat Muhammad~

Myspace Falling Objects

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tiba2, hatiku di ketuk rindu pada seorang manusia agung
Muhammad bin Abdullah
 telitilah sebuah warkah ini..
renung2kan..




Melalui surat ini..
saya  ingin mengajak kalian utk sama2 membayangkan..
Bagaimanakah situasi kita..
Sekiranya kita dikunjungi sebaik baik penciptaan Allah ini…

Situasi di rumah
Wahai kekasih2 ku..
Sekiranya di kala ini..
Kekasih Allah itu sedang mengetuk pintu rumah kalian..
Apakah perkara pertama yang kalian kan lakukan?
Adakah kalian akan bersegera ke muka pintu,
Menyambut kekasih Allah ini,
Lantas mengalirlah airmata kegembiraan
Membasahi pipi2 kalian??
Adakah kalian kan bersegera menjemput kekasih sekalian makhluk ini
Ke dalam rumah kalian lantas berkata:
“Rasulullah berada di rumahku…inilah hari yg paling bahagia dalam hidupku..”
Adakah ini yg kalian kan lakukan??

Atau..
Adakah fikiran kalian berkecamuk..
Keraguan menghantui diri..

Tatkala kalian mendengar ketukan pintu
Dari tangan yg mulia itu??
Adakah kalian bersegera menuju ke bilik terlebih dahulu..
Untuk menyembunyikan cd2 lagu..dan sebaliknya..
Memasang pula kaset2 bacaan Al-Quran??

Adakah kalian bersegera pula..
Utk mencabut wayar2 dish satelit..
Dan kalian menutup siaran2 lagu di televisyen?

Dan adakah kalian akan membuka komputer..
Utk memadam fail2 yg kalian rasakan melaghakan..
Dan bersegera mengoyakkan gambar2 penyanyi2..
Dan pelakon2 yg tampan dan jelita itu di dinding2 di bilik kalian??

Dan adakah kalian akan menyambut Kekasih Sekalian Umat ini…
Sedangkan di tangan kalian masih memegang puntung2 rokok?
Atau adakah baru sekarang kalian sedar..
Bahawa ROKOK ITU HARAM??
Dan jika tidak,kenapa anda perlu berasa malu merokok di hadapan Nabi??
Dan bagaimana jika kalian melakukan semua perkara tersebut,
Dan kalian berjaya menyembunyikan segala perkara yang mungkin akan…
Membangkitkan kemarahan baginda,
Dan kalian menerima kehadiran Rasulullah,
Dan kalian duduk bersama baginda,
Dan kalian menghayati kalam-kalam indah dari bibir Rasulullah,
Dan mata-mata kalian bersinar lantaran indahnya
Memandang wajah lembut Rasulullah yg dicintai..
Dan kalian bayangkanlah..

Di saat itu..
Bibir Rasulullah menitipkan kata-kata..
Untuk tinggal bersama kalian selama sebulan..
Adakah kalian kan berbesar hati..
Atau kalian kan gundah gulana??
Adakah kalian akan menjadi seperti sahabat-sahabat baginda yang mulia..
Yang berebut-rebut untuk menerima Rasulullah sebagai tetamu..
Ketika kedatangan Nur Islam ini ke bumi Madinah buat kali pertama..
Ataukah kaliankan resah gelisah..
Kerna memikirkan..
Apakah kesudahan yang berlaku selama tiga puluh hari ini..
Adakah baginda kan berlapang dada..
Tatkala melihat kalian solat dengan penuh tergesa-gesa..
Atau meninggalkan solat jamaah..

Atau dapatkah baginda melihat kalian..
Membaca Al-quran..
Dan menghayati hadis-hadis tinggalan nabi..
Atau dapatkah baginda melihat..
Pergaulan yang elok pabila
kalian bersama keluarga kalian..
atau baginda kan melihat,
kekasaran suara,bahasa dan kebiadaban kalian..
lantas baginda bersuara..
“sebaik-baik kamu..adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya..
Dan aku sebaik-baik orang dalam pergaulan dengan keluargaku..”

Ya Rasulullah..tak pernah kami menatap wajahmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kami rindu padamu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..terimalah kami sebagai umatmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kurniakanlah syafaatmu kepada kami..

Sama-samalah kita menyuburkan cinta kita kepada Baginda..
Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w..
Jazakumullah..kerna sudi meluangkan masa membaca dan menghayati nukilan ini..
Moga rindu ini menjadi syafaat untuk kita bertemu kekasih kesayangan Allah, kecintaan umat manusia dan seluruh alam..amiin


Sunday, 27 February 2011

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR USIM

Myspace Falling Objects 



Assalamualaikum wbt..
lama rasenya ana tak mengepos something ke blog ni..
agaknya mmg tahan bersawang gler r
hmm,, mintak maaf la..
tp memang agak bz pon..
plus tenet connection pon ssh nak dapat..
otw nak beli broad band kot..
asyik pinjam orang je.. huhu..

hm,, kepala pon naik pusing skang..
debate mo0d.. malay language..
kami hantar 3 team..

tajuk yang diberi..
1. inspira lebih baik
2. dunia kita semakin aman
3. kuasa veto punca konflik dunia
4. demokrasi kita semakin malap
5. berkahwin ketika belajar lebih baik
6. barat sudah menjadi raja
7. artis malaysia : indah khabar dari rupa
8. kita sangat berlembut dalam isu buruh asing
9. malaysia perlu lebih terbuka

hmm, maaf la.. lagi 2 tajuk dah x ingat..
debat berlangsung dengan lancar pada peringkat saringan..
tapi mungkain ada ura2 mengatakan agak sengaet sebelah..
sengaet??
in term of what??
no komen,, but please judge it wisely..
it doesn't mean that i know something.. juz want to say..
anyway,, all the best to all the debaters..
triple thumbs up for u all guys..
gud luck for next round..
quoter, semi and hopefully final next week..
ameen..

maju debat untuk kebaikan bersama~~

Monday, 24 January 2011

~SuMbAnGaN UnTuK IsLaM~

dengan nama Allah..

alhamdulillah..
fatrah examination berlalu pergi..
let bygone be bygone
tp jangan lupa sntiasa ambil pengajaran..

alhamdulillah.. Allah masih lagi mengekalkan ana disini..
semoga Allah tetapkan hati ana..

alhamdulillah setelah fatrah examination,,
ana ade join satu program..
at the end of the prog.. ade satu kertas yg di edarkan..
sekeping kertas yg slalu bt ana berfikir pnjg
setiap kali..

APAKAH KELEBIHAN ANDA YANG AKAN MEMBANTU MENYUMBANG UNTUK ISLAM??

seringkali ana rase ana mengambil masa untuk menjawab..
kenapa??
tak pernah terfikir ke tentang soalan ini??

bukan..
bukan macam tu..
slalu je fikir..
tapi yg fikir tu adalah apa yg aku nak sumbangkn untuk islam..
ble ditanya pasal kelebihan...
ana mula berfikir..
kelebihan apa yg aku ada
untuk aku sumbangkan pd Islam???

boleh ke aku cakap sampai sume org ternganga kagum??
boleh ke aku menulis dakwah sampai orang menangis ataw
terbuka hati memeluk Islam??
*hidayah itu milik Allah
boleh aku tumbangkn musuh2 islam dengan lidah, pena, atau pedang??

apa yang boleh aku sumbangkan???

*********fikir2 kan lah*************

INGATLAH!!
MASA DEPAN ITU DITANGAN ISLAM!!
IYU YANG PASTI

Friday, 14 January 2011

~ibrah dari cardiac muscles~

bismillahirahmanirrahim..


dah bersawang blog ni.. kesian..

hmm,, setelah sekian lama, sy datang dengan azam baru..

nak aktifkan diri ber'blogging'..

sy fikir mungkin ini salah satu cabang dakwah fardiah yang boleh sy lakukan..

hmmm.. act tak de idea nak tulis ape..

tapi tetiba je tengah baca sal ECG n cardiac muscle~~

>>cardiac muscle ni sangat bagus,, 

>>lagi better dari skeletal muscle

>>cardiac muscle ni sangat pto-aktif klo nak banding gn skeletal

>>kenape yerk???

>>cardiac muscle ade gap junction.. skeletal x de, that's why la dye seng impulse cepat sangat..

>>sangat bagus cardiac muscle ni berukhuwah

>>sme la cam kita kan??

>>betapa pentngnyer kita ni tuk berukhuwah sesama kita

>>terutamanya kami dak2 medical.. dah la x ramai.. 

>>asyik jumpa muka sama je hari2,, lagi 6 tahun tu!!!

>>ukhuwah ni penting sehinggakan Rasulullah junjungan kita sangat tekankan tentg ukhuwah

>>Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mentakrifkan ukhuwah: 

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah.”

Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang-orang yang bersaudara. Dan ketika kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.” “Dan hendaklah terdapat di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.”
Surah Ali ‘Imran: 103-104.

>>waa,, hebatnya ukhuwah kan.. dalamnya makna ukhuwah..

TAHAPAN UKHUWAH~~

>>serendah2 ukhuwah ialah berlapang dada

>>setinggi2 ukhuwah ialah ithar iaitu melebihkan sahabat berbanding diri kita

>>dan antara keduanya ialah husnu zhonn iaitu bersangka baik..


~Marilah kita sama2 nilai balik ukhuwah kita sesama rakan2~
~adakah sudah sempurna??
~sama2 kita baiki

~KATA2 YANG BAIK ADALAH SEDAKAH~