Tuesday, 26 July 2011
~MY LIFE ISN'T A FAIRY TALE~
STEP ON REALITY PLEASE!!!
My life isn't a fairy tale.. Everyone life isn't a fairy tale too!!
-------------------------------------
>> c'mon,, everybody can change.. We choose what we want to be either good or bad. Once we be a bad person it doesn't mean that we are bad forever.
>> senang la cakap. Awak tu budak baik, saya ni budak jahat..
-------------------------------------
i'm tired of these words.. for me, setiap orang ada ujian dia tersendiri. Dan janji Allah itu pasti, disebalik setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Disebalik setiap kesusahan pasti ada jalan keluarnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-insyirah : " kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6)
Of course kita sebagai homo sapien ni, bila ditimpa kesulitan dab kesusahan pasti akan merasa sempit, lemas, sesak dada, x senang hati dan sebagainya. Dan masalah tu boleh jadi macam2 benda dari sesimple-simple bnda hinggalah secomplex-complex benda. Kita akan terus bingung dan tidak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini. Tapi awas, jangan sampai rasa putus asa dan putus harap menghimpit kita.
Relax2, Allah dah kata semua masalah ada penyelesaiannya.
Jadi, don't you ever putus harap pada pertolongon Allah.
Islam ni cukup mudah, cukup sempurna, cukup indah. Macam yamg kita belajar kat skolah dulu, Islam adalah Ad-Diin. Faham x apa ad-diin tu??? Ni la masanya untuk kita fahami dan hayatinya. Ad-Diin adalah suatu cara hidup. Orang kampung saya cakap Islam is the way of life...
Cewaahh, hebat x orang kampung saya.. hehe.. Bila kita mension islam ni cara hidup kita pasti Islam mengajar kita segala-galanya dari sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2 perkara.
Dari nak masuk tandas sehinggalah nak menikah, nak jadi pemerintah...
Islam galakkan kita untuk selalu buat solat istikharah. Mohan petunjuk dari Allah dan keyakinan bahawa Allah pasti menolong kita. No doubt at all. Pasti sangat2.. Hayatilah maksud Al-Fatehah yang selalu kita baca sekurang2nya setiap kali kita solat.
Firman Allah : "iyyaka na'budu waiyyaka nastai'in" ; hanya kepadaMu aku beribadah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Kenapa perlu malu untuk minta pertolongan Allah yang memiliki segalanya, tapi x malu pulak nak minta pada makhluk yang x punya apa2.. Pohonlah pada Allah. Moga dipermudah segala urusan.. Ameenn!!
Setiap masalah dalam hidup pasti menuntut kita untuk membuat pilihan. Samaada kita memilih jalan yang betul atau jalan yang salah. Depends pada bagaimana keimanan
dan pertimbangan akal kita untuk menentukan segalanya. Yakinilah dan imanilah dengan segala janji Allah..!!
Namun, kita kadang2 tertanya2 kenapa doa aku x makbul??
Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Mungkin kita belum cukup berdoa pada Allah atau mungkin juda amalan kita selama ini x cukup?? ketuk dada tanya Iman..
Okey, pada sesiapa yang masih keliru dengan masalah mereka, kembalilah pada Allah, kembalilah pada Islam. Sesungguhnya bila kita yakin dan beriman dengan Allah, kekuatan itu akan datang...
Tiada yang dapat menggetarkan seorang mukmin kerana Allah bersama mereka..
ISLAM IS THE WAY OF LIFE.
Hidup ini, kita perlu optimis bukan pesimis!!
Jangan selalu berkata " Oh Allah, I have a big problem"
but always says " Oh problems, I have Allah The Most Merciful"
Remember, always smile when difficulties comes to you!!
Uhuks!!! peace no war!!
Posted by ~lailafarhana~ at 21:46 0 comments
Labels: ~life~
Monday, 25 July 2011
~PINTU-PINTU SYAITAN~
BISMILLAH..
Sabda Rasulullah " sampaikan dariku walau sepotang ayat"
Ana nak kongsi sedikit tentang pembacaan ana mengenai buku BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH.
Di bawah topik rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah...
1. Orang mukmin yang dengki padanya
2. Orang munafik yang benci kepadanya
3. Orang kafir yang memeranginya
4.SYAITAN YANG MENYESATKAN
5. Nafsu yang merangsang
Fokus ana sekarang cumalah perihal syaitan yang menyesatkan kita para da'ie sekalian
Beberapa hari lagi Ramadhan akan datang menjemput kita..
dan janji Allah telah termaktub bahawa syaitan akan di belenggu pada bulan mulia ini
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu
langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta
dibelenggu syaitan-syaitan”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Ia adalah hadis
yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari(lihat Ibnu
Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah :
Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)
Namun, walaupun begitu syaitan tetap merupakan musuh
nyata bagi kita
Firman Allah :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu
Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para
malaikat,'bersujudlah kamu kepada Adam', maka mereka pon
bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang
bersujud. Allah berfirman: 'Apakah yang menghalangimu
untuk bersujud(kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?',
mereka menjawab,'saya lebih baik daripadanya, Engkau
ciptakan aku dari api sedangkan dia Engkau ciptakan dari
tanah"
Surah Al A'raff : 11-12
"Iblis menjawab : 'kerana Engkau telah menghukum saya
tersesat, saya benar-benar akan (menghalangi) mereka dari
jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi
mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan
kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan
mereka bersyukur (taat)"
Surah A'raff : 16-17
Betapa jelas bagaimana syaitan bertekad untuk menyesatkan
anak cucu Adam. Sebagai seorang dai'e cabaran buat kita lagi
besar. Pokok pangkalnya sekarang adalah dari mana syaitan
ini menyelinap??
Menurut Imam Al-Ghazali terdapat beberapa pintu masuk
syaitan
1. MARAH
Sesungguhnya marah menghilangkan kewarasan aqal,
buktinya betapa banyak kes2 bunuh sekarang disebabkan
oleh dendam dan amarah??? Seriusnya hal ini sehingga
terdapat satu hadith daripada Rasulullah :
"la taghdhob; jangan (dikuasai ) marah.
Seorang wali Allah bertanya kepada iblis :
"Cuba engkau terangkan bagaimana engkau menawan anak
adam?' Iblis menjawab: " aku tawan dia ketika ia marah dan
ketika ia bernafsu."
2. NAFSU SYAHWAT
Manusia ini memang diciptakan dengan nafsu. Nafsu
terhadap makanan, nafsu terhadap hubungan kelamin, nafsu
terhadap harta, dan lain2. Namun, Islam ini cukup indap,
cukup sempurna. Untuk mengatasi bahaya syahwat Islam
telah mengatur cara-cara untuk memenuhi tuntutannya.
Berkaitan dengan nafsu terhadap makanan, Rasulullah
menasihatkan supaya tidak keterlaluan sehingga perut gendut
dengan makanan.
"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh anak adam yang lebih
buruk dari perutnya sendiri"
Berkaitan nafsu syahwat dan keserakahan nafsu seks,
Rasulullah berpesan :
"Jika anda dapat menjamin kepadaku dengan menjaga
anggota antara misai dan janggutmu dan anggota
antara dua pahamu, maka aku jamin syurga untukmu"
Firman Allah
" Antara ciri orang beriman itu ialah yang menjaga
kehormatn mereka"
Tentang nafsu kecintaan terhadap harta, Islam menggariskan
kepada kita jalan yang benar.
Firman Allah
"Berinfaqlah kepada orang-orang fakir yang tidak berjaya
berjihad di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha)dibumi;
orang yang tidak mengetahui menyangka mereka orang kaya
kerana mereka memelihara diri dari meminta-minta. Kamu
kenali mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak
meminta kepada mereka secara mendesak'
Surah Al-Baqarah : 273
Sabda Rasulullah:
" Kaya bukan semata-mata banyak harta tetapi kaya
sebenar ialah kaya budi dan jiwa"
3. TERGESA-GESA
Sifat tergesa-gesa dan tidak cermat dan berhati-hati
mendorong seseorang mengumpat saudaranya sehingga
mampu melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Ia juga
boleh menjada punca tercetusnya fitnah dan tragedi dalam
jemaah.
sabda Rasulullah :
"Sifat tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan (manakala)
cermat dan berhati-hati dari Allah"
4. HASAD DENGKI
Hasad dengki merupakan satu virus yang sangat bahaya
wujud dalam hati manusia. Ini mendorong seseorang untuk
melakukan apa sahaja walaupun menyeleweng untuk
menjebak manusia yang ia dengki kepadanya
5. KIKIR
Firman Allah
" Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan (risiko)
kepapaan, sentiasa menyuruh kamu melakukan kejahatan.
(Akan tetapi) Allah menjanjikan untuk kamu keampunan dan
kurnia daripadanya, dan Allah Maha Luas (kurnianya) dan
Maha Mengetahui.
Sufian berkata 'tidak ada senjata yang ada pada syaitan yang
lebih mampan dari senjata tajut papa. Kalau termakan
dengan senjata itu maka seseorang itu mula menurut
kebatilan, tercegah dari menyatakan kebenaran, mulalah ia
bercakap menurut nafsu dan menyangka buruk terhadap
Tuhannya.
6. TAKABBUR
Firman Allah
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud(kepada
Adam) di waktu Aku menyuruhmu?', mereka menjawab,'saya
lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api
sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah"
Al-A'raff : 12
7. BURUK SANGKA TERHADAP MUSLIMIN YANG LAIN
Firman Allah :
" Wahai orang-orang yang beriman, hindarilah dari sifat
banyak berprasangka. Kerana senahagian dari sangka-sangka
adalah dosa."
Posted by ~lailafarhana~ at 09:55 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)