Bismillah..
Satu
perkongsian buat adik beradik yg amat sy saying selamanya~~
Perkongsian
dari manusia di saf belakang pada 28 April yg lalu..
Pada malam
27 April, sy merancg turun berseorngn dek x de yg nak ikut sama
Dua malam
mengkaji page BERSIH, supaya segala peraturan dan langkah keselamatan dipatuhi
Saya x nak
jadi perosak kecantikan perangcangan BERSIH.. status solo berub ah
Terbukti
perancangan Allah terbaik..
Kawan saya Berjaya
pujuk parents untuk benarkan dia pergi..
Akhirnya saya
berteman ke detinasi idaman keesokan paginya..
Walaupun parents
sendiri melarang keras, namun demi keyakinan yg terpasak
Kugagahkan kaki
melangkah disaat ramai yg meragui keputusan kami berdua
Berbekalkan
semangat yg berkobar2, pada pukul 8 pagi kami bertolak
Destinasi ke
KLCC, namun skali lagi kami menukar rancangan utk berhenti shj di masjid
jamek..
Suasana pagi2,
x payah cerita..
Kuningnya walaupun
masih awal.. amat tenang, teramat2 tenang
Mungkin masih
awal, namun jalan telah disekat awal oleh pihak polis..
Pihak polis
lagi ramai dr kuning2 ni..
Kaget juga
pada awalnya, mujurlah ada sahabt@adik beradik lain yg turun sekali
Bolehlah kami
menumpang arah..
1st note : in my
opinion mmg wanita dilahirkan perlukan kpd pimpinan lelaki
Paling seronok
bila tgk anak2 kecil dengan mask, baju dan head band kuning..
Bersihnya jiwa
kecil mereka, belum mengerti tapi telah diajar.. aku cemburu namun masih
bersyukur
Aku masih
dijalan ini.. Alhamdulillah ya Allah.. tetapkan hati kami semua
Dari pukul
lapan pagi hinggalah hampir Zohor, suasana sangat aman
Peserta masih
mengikut arahan pimpinan, namun ramai juga yang datang tanpa matlamat yang
jelas
Tanpa mengikut
garis panduan yang digariskan..
Merokok dalam
crowd, pakai baju b4 perhimpunan..
Tapi masih
terkawal.. paling benci rokok
Harap Malaysia
boleh block penjualan rokok..
Dari malam
semalam semua x dibenarkan masuk dataran merdeka
Sehinggalah
keakhirnya~~ x pernah diberi
Satu fenomena
yang sy rindui, dakwah terbuka umat Islam
Ramai-ramai
bersolat di tengah jalan, harap orang bukan Islam lebih terbuka dengan Islam
Pukul 2
tengahari…
Tibalah masanya
perhimpunan sebenar..
Arahan tiba
dari pagi hingga sekarang untuk kami duduk sahaja dan bantah
DUDUK DAN
BANTAH SAHAJA..
Rundingan mula
dijalankan secara aman, saya hanya melihat dari side tepi dan agak belakang
Masih belum
sekuat mereka dibarisan pertama
Masih ada
yang menghalang perjuangan diri
Masih ada
kebimbangan tentang JPA dan status skrg
Saya malu
sebenarnya, saya mahu duduk di depan,
Suatu hari
saya berazam untuk berada didepan.. barisan pertama dengan matlamat yang jelas
Bukan datang
hanya mengikut orang, tapi faham perjuangan sebenar
Setelah satu
jam lebih, kami mula bertanya-tanya ini sahajakah bersih
Kenapa??
Kerana terlalu
aman
Polis terlalu
ramai, namun hanya mampu berdiri, merakam dan memerhatikan kami
Tiada kesalahan
yang dilakukan untuk kami diserang
Sungguh,
tak pernah ada perhimpunan sebegini aman
Ramai yang
tidak percaya dengan apa yang berlaku
Kami boleh
berkenal-kenalan
Kami sempat
bertukar-tukar pendapat
Sempat juga
mengetahui tentang isentif perkahwinan di Kelantan
Warga emas
yang penat duduk, tak payah cakap lah
Betapa lama
kami duduk sampai naik kematu dibuatnya
Warga emas
sampai x mampu berdiri lagi kerana terlampau lama duduk
Siap ada
pertunjukan lagi
Suasana sangat
ceria,, sangat-sangat ceria dan bahagia
Saya suka
BERSIH 3.00!!
Tiba-tiba,
jam 3.30 petang lebih kurang (x pakai jam, refer to kawan je)
Setelah rundingan
yang dibuat tidak menapakkan hasil
Kekecohan mula
kedengaran..
Saya nampak
orang ramai mula memasuki dataran merdeka
Polis seolah-olah
tidak menghalang, namun FRU dibelakang telah lama bersedia dengan battalion mereka,
peralatan mereka gah walaupun kami datang bersenjatakan tuala kecil dan air
mineral
Sejak 2.00
petang FRU bersedia
Sejurus itu,
semburan water canon mula menyerang mereka2 ini
Tembakan gas
mula mengaburi padangan kami di belakang
Agakan kami
gas dan air itu hampir mustahil mengenai kami dek jarak yang cukup jauh
Namun,
sangkaan kami jauh tersasar
Hebat
sungguh invention manusia, jarak yang begitu jauh bagai sejengkal sahaja bagi
mereka
Namun,
kuasa Allah jauh lagi hebat..
Bila gas
mula ditembak kepada kami di barisan belakang, skuad amal mula memberikan
arahan
Pimpinan meminta
semua peserta bersurai.. kami bersedia untuk bersurai
Kami mula
bergerak menjauhi gas dan air pelik itu..
Saluran pernafasan
kami hampir tersekat
Aku memikirkan
mak cik2 dan pak cik2 yang tidak sekuat kami anak muda
Namun merekalah
dihadapan itu..
Mampukah mereka
lari segagah kami ini??
Atau hanya
mampu duduk menanti nasib..
Anak2 kecil
berpegengan tangan dengan abang dan ayah mereka
Lari menyelamatkan
diri, itulah reflex normal manusia
Yang aku
kesalkan, setelah jauh kami lari, mereka2 ini masih mengejar kami
Peluru gas
ini masih memburu kami
Aku buntu,
ini serangan terhadap kami atau hanya kerana tidak membenarkan kami masuk ke
dataran??
Sungguh buntu..
aksi kejar mengejar ini tidak berakhir disini, setibanya kami di sogo sekali
lagi kami diserang
Tepat kelongsong
itu tekena pinggangku, ada juga kenangan terkena kelongsong gas
Kami lari
lagi.. sejauh mana lagi.. ntah la, tak ada jawapan untuk itu
Kalau benar
mereka tembak gas, pancut water canon kerana tak mahu kami masuk ke dataran,
janganlah sampai memburu kami. Kami ingin bersurai.. tembak lah di dataran
sahaja
Kami ingin
keluar, ingin pulang namun semua jalan ditutup
Pergi kekiri
dikepung polis dan gas, jalan kekanan sama sahaja..
Kemana patut
kami pergi??
Setelah sedikit
reda, sampailah pasukan mercy menghantar air kepada kami..
Alhamdulillah,
ramai yang berterima kasih..
Setelah itu,
datang pula kereta peronda polis
Pada awalnya
tenang, tetapi tiba2 kembali tidak terkawal.. aksi baling-membaling botol mula
terjadi
Kami difahamkan,
kereta ini telah melanggar peserta himpunan
Sebab itu
mereka2 ini marah
Ada juga
insiden, motor polis mati ditengah jalan. Demi mengelakkan org ramai membaling
dan menghentam beliau reflex beliau mungkin mengarahkannya mengacu pistol
kepada kami
Semua mula
kaget dan lari bertempiaran..
Sehinggalah
mengjelang 5.30 petang, penat melarikan diri.. kami merancang ke masjid kg baru
untuk solat asar
Seorang mak
vik yang berjemaah dengan kami di masjid menguatkan lagi semangat kami
Sangat lembut
orangnya, namun semangat dihati bagaikan sumayah memperjuangkan hak
Kami malu,
cukup malu.. berkaki ayam dari dataran hingga ke masjid
Kerana lari
kasut tercabut, aku pernak merasai kesakitan berlaki tanpa kasut dijalan raya
Namun tiada
apa dapat menghalang bila tekad dibulatkan..
“ nak,
jangan pernah serik, jangan serik jadi begini, jangan berhenti berjuang”
Terkesima aku,
nasihat ikhlas dari seorang asing namun
dekat.. inilah ikatan aqidah
Tak ku
ragui bagaimana ansar sanggup bekorban demi muhajirin..
Usai segalanya
kami mula kembali ke stesen lrt masjid jamek untuk pulang
Paling mengejutkan
waktu itu sudah masuk pukul 7 petang
Namun di
kawasan itu masih ramai berhimpun dan masih ramai FRU
Masih ditembak
gas pemedih mata, masih disembur water canon itu..
Sampai bila
baru mereka2 ini boleh pulang..??
Semangat sungguh
mereka memperjuangkan hak~~
Dengan berat
hati kami pulang jua..
Selamat berjuang
lagi saudara2 ku..
2nd note : kami memperjuangkan hak
kami.. kalau hak ini diberi dan dijaga xkan ada perkara sebegini
3rd note : kalaulah rundingan
pimpinan kami dilayan, tiada insiden begini akan berlaku InsyaAllah
4th note : himpunan ini cukup cantik
dirancang, kalau semua hadamkan tujuan dan peraturan bukankah lebih manis??
5th note : ini penguat semangat kita
buka reason untuk kita futur.
6th note : matlamat perlu jelas. Kenapa
datang dan apa perjuangan kita
7th note : menilailah dengan
perspektif yang adil. Telah dinyatakan kita datang bukan atas dasar kepartian
atau sebagainya. Kesilapan kita perlu akui, kebaikan mereka jangan dilempar
tepi.. bersikap adillah. Dua- dua pihal ada kesalahan. Koreksi diri..
8th note : kepada adik beradikku yang
datang, tahniah. Moga ada alasan kita disana nanti~~ buat yang belum
berpeluang, bulatkan tekad anda, Hanya Allah tempat kita bergantung. Suarakanlah
kebenaran walaupun payah dan pahit. Moga Allah pandu n kuatkan kita semua..
Sayang ntum kerana Allah~~
~bergandingan didunia, berjiran disyurga~