Sunday, 29 April 2012

:: CLEAN OURSELF, CLEAN OUR COUNTRY, CLEAN THE FIKRAH ::


Bismillah..
Satu perkongsian buat adik beradik yg amat sy saying selamanya~~
Perkongsian dari manusia di saf belakang pada 28 April yg lalu..

Pada malam 27 April, sy merancg turun berseorngn dek x de yg nak ikut sama
Dua malam mengkaji page BERSIH, supaya segala peraturan dan langkah keselamatan dipatuhi
Saya x nak jadi perosak kecantikan perangcangan BERSIH.. status solo berub ah
Terbukti perancangan Allah terbaik..
Kawan saya Berjaya pujuk parents untuk benarkan dia pergi..
Akhirnya saya berteman ke detinasi idaman keesokan paginya..
Walaupun parents sendiri melarang keras, namun demi keyakinan yg terpasak
Kugagahkan kaki melangkah disaat ramai yg meragui keputusan kami berdua

Berbekalkan semangat yg berkobar2, pada pukul 8 pagi kami bertolak
Destinasi ke KLCC, namun skali lagi kami menukar rancangan utk berhenti shj di masjid jamek..
Suasana pagi2, x payah cerita..
Kuningnya walaupun masih awal.. amat tenang, teramat2 tenang
Mungkin masih awal, namun jalan telah disekat awal oleh pihak polis..
Pihak polis lagi ramai dr kuning2 ni..
Kaget juga pada awalnya, mujurlah ada sahabt@adik beradik lain yg turun sekali
Bolehlah kami menumpang arah..
                1st note : in my opinion mmg wanita dilahirkan perlukan kpd pimpinan lelaki
Paling seronok bila tgk anak2 kecil dengan mask, baju dan head band kuning..
Bersihnya jiwa kecil mereka, belum mengerti tapi telah diajar.. aku cemburu namun masih bersyukur
Aku masih dijalan ini.. Alhamdulillah ya Allah.. tetapkan hati kami semua
Dari pukul lapan pagi hinggalah hampir Zohor, suasana sangat aman
Peserta masih mengikut arahan pimpinan, namun ramai juga yang datang tanpa matlamat yang jelas
Tanpa mengikut garis panduan yang digariskan..
Merokok dalam crowd, pakai baju b4 perhimpunan..
Tapi masih terkawal.. paling benci rokok
Harap Malaysia boleh block penjualan rokok..
Dari malam semalam semua x dibenarkan masuk dataran merdeka
Sehinggalah keakhirnya~~ x pernah diberi
Satu fenomena yang sy rindui, dakwah terbuka umat Islam
Ramai-ramai bersolat di tengah jalan, harap orang bukan Islam lebih terbuka dengan Islam

Pukul 2 tengahari…
Tibalah masanya perhimpunan sebenar..
Arahan tiba dari pagi hingga sekarang untuk kami duduk sahaja dan bantah
DUDUK DAN BANTAH SAHAJA..
Rundingan mula dijalankan secara aman, saya hanya melihat dari side tepi dan agak belakang
Masih belum sekuat mereka dibarisan pertama
Masih ada yang menghalang perjuangan diri
Masih ada kebimbangan tentang JPA dan status skrg
Saya malu sebenarnya, saya mahu duduk di depan,
Suatu hari saya berazam untuk berada didepan.. barisan pertama dengan matlamat yang jelas
Bukan datang hanya mengikut orang, tapi faham perjuangan sebenar
Setelah satu jam lebih, kami mula bertanya-tanya ini sahajakah bersih
Kenapa??
Kerana terlalu aman
Polis terlalu ramai, namun hanya mampu berdiri, merakam dan memerhatikan kami
Tiada kesalahan yang dilakukan untuk kami diserang
Sungguh, tak pernah ada perhimpunan sebegini aman
Ramai yang tidak percaya dengan apa yang berlaku
Kami boleh berkenal-kenalan
Kami sempat bertukar-tukar pendapat
Sempat juga mengetahui tentang isentif perkahwinan di Kelantan
Warga emas yang penat duduk, tak payah cakap lah
Betapa lama kami duduk sampai naik kematu dibuatnya
Warga emas sampai x mampu berdiri lagi kerana terlampau lama duduk
Siap ada pertunjukan lagi
Suasana sangat ceria,, sangat-sangat ceria dan bahagia
Saya suka BERSIH 3.00!!

Tiba-tiba, jam 3.30 petang lebih kurang (x pakai jam, refer to kawan je)
Setelah rundingan yang dibuat tidak menapakkan hasil
Kekecohan mula kedengaran..
Saya nampak orang ramai mula memasuki dataran merdeka
Polis seolah-olah tidak menghalang, namun FRU dibelakang telah lama bersedia dengan battalion mereka, peralatan mereka gah walaupun kami datang bersenjatakan tuala kecil dan air mineral
Sejak 2.00 petang FRU bersedia
Sejurus itu, semburan water canon mula menyerang mereka2 ini
Tembakan gas mula mengaburi padangan kami di belakang
Agakan kami gas dan air itu hampir mustahil mengenai kami dek jarak yang cukup jauh
Namun, sangkaan kami jauh tersasar
Hebat sungguh invention manusia, jarak yang begitu jauh bagai sejengkal sahaja bagi mereka
Namun, kuasa Allah jauh lagi hebat..
Bila gas mula ditembak kepada kami di barisan belakang, skuad amal mula memberikan arahan
Pimpinan meminta semua peserta bersurai.. kami bersedia untuk bersurai
Kami mula bergerak menjauhi gas dan air pelik itu..
Saluran pernafasan kami hampir tersekat
Aku memikirkan mak cik2 dan pak cik2 yang tidak sekuat kami anak muda
Namun merekalah dihadapan itu..
Mampukah mereka lari segagah kami ini??
Atau hanya mampu duduk menanti nasib..
Anak2 kecil berpegengan tangan dengan abang dan ayah mereka
Lari menyelamatkan diri, itulah reflex normal manusia
Yang aku kesalkan, setelah jauh kami lari, mereka2 ini masih mengejar kami
Peluru gas ini masih memburu kami
Aku buntu, ini serangan terhadap kami atau hanya kerana tidak membenarkan kami masuk ke dataran??
Sungguh buntu.. aksi kejar mengejar ini tidak berakhir disini, setibanya kami di sogo sekali lagi kami diserang
Tepat kelongsong itu tekena pinggangku, ada juga kenangan terkena kelongsong gas
Kami lari lagi.. sejauh mana lagi.. ntah la, tak ada jawapan untuk itu
Kalau benar mereka tembak gas, pancut water canon kerana tak mahu kami masuk ke dataran, janganlah sampai memburu kami. Kami ingin bersurai.. tembak lah di dataran sahaja
Kami ingin keluar, ingin pulang namun semua jalan ditutup
Pergi kekiri dikepung polis dan gas, jalan kekanan sama sahaja..
Kemana patut kami pergi??
Setelah sedikit reda, sampailah pasukan mercy menghantar air kepada kami..
Alhamdulillah, ramai yang berterima kasih..
Setelah itu, datang pula kereta peronda polis
Pada awalnya tenang, tetapi tiba2 kembali tidak terkawal.. aksi baling-membaling botol mula terjadi
Kami difahamkan, kereta ini telah melanggar peserta himpunan
Sebab itu mereka2 ini marah
Ada juga insiden, motor polis mati ditengah jalan. Demi mengelakkan org ramai membaling dan menghentam beliau reflex beliau mungkin mengarahkannya mengacu pistol kepada kami
Semua mula kaget dan lari bertempiaran..
Sehinggalah mengjelang 5.30 petang, penat melarikan diri.. kami merancang ke masjid kg baru untuk solat asar
Seorang mak vik yang berjemaah dengan kami di masjid menguatkan lagi semangat kami
Sangat lembut orangnya, namun semangat dihati bagaikan sumayah memperjuangkan hak
Kami malu, cukup malu.. berkaki ayam dari dataran hingga ke masjid
Kerana lari kasut tercabut, aku pernak merasai kesakitan berlaki tanpa kasut dijalan raya
Namun tiada apa dapat menghalang bila tekad dibulatkan..
“ nak, jangan pernah serik, jangan serik jadi begini, jangan berhenti berjuang”
Terkesima aku, nasihat ikhlas dari seorang  asing namun dekat.. inilah ikatan aqidah
Tak ku ragui bagaimana ansar sanggup bekorban demi muhajirin..

Usai segalanya kami mula kembali ke stesen lrt masjid jamek untuk pulang
Paling mengejutkan waktu itu sudah masuk pukul 7 petang
Namun di kawasan itu masih ramai berhimpun dan masih ramai FRU
Masih ditembak gas pemedih mata, masih disembur water canon itu..
Sampai bila baru mereka2 ini boleh pulang..??
Semangat sungguh mereka memperjuangkan hak~~
Dengan berat hati kami pulang jua..
Selamat berjuang lagi saudara2 ku..
2nd note : kami memperjuangkan hak kami.. kalau hak ini diberi dan dijaga xkan ada perkara sebegini
3rd note : kalaulah rundingan pimpinan kami dilayan, tiada insiden begini akan berlaku InsyaAllah
4th note : himpunan ini cukup cantik dirancang, kalau semua hadamkan tujuan dan peraturan bukankah lebih manis??
5th note : ini penguat semangat kita buka reason untuk kita futur.
6th note : matlamat perlu jelas. Kenapa datang dan apa perjuangan kita
7th note : menilailah dengan perspektif yang adil. Telah dinyatakan kita datang bukan atas dasar kepartian atau sebagainya. Kesilapan kita perlu akui, kebaikan mereka jangan dilempar tepi.. bersikap adillah. Dua- dua pihal ada kesalahan. Koreksi diri..
8th note : kepada adik beradikku yang datang, tahniah. Moga ada alasan kita disana nanti~~ buat yang belum berpeluang, bulatkan tekad anda, Hanya Allah tempat kita bergantung. Suarakanlah kebenaran walaupun payah dan pahit. Moga Allah pandu n kuatkan kita semua..
Sayang ntum kerana Allah~~
~bergandingan didunia, berjiran disyurga~

2 comments:

www.quranicprincess.blogspot.com said...

mantop..doakanku ke sana insyaallah!!!

Hafiz Roslan said...

bersih 3.0 best! :)